Pengikut

Diet Diet Diet ...

Salam petang Jumaat buat semua ...
Bercerita pasal diet, sebenarnya benda ni dah lama bermain2 dengan diriku... (maksudnya kejap diet, kejap tidak!). Tak pernah sebelum ini aku serius dengan diet ni...

Tetapi ... sejak aku tidak menjamah nasi selama 6 bulan (itupun selepas lutut dah sakit) yang lalu, aku berjaya menurunkan bera badan sehingga 10 kg! Bila tengok berat dah turun, mulalah start balik perangai suka makan, konon2 makan sikit jer...last2 aku dah rasa balik sakit lutut...

Dan ... setelah beberapa bulan berlalu....bermula pula 2 minggu yg lepas..aku telah meng'hire' seorang instructor untuk aku kembali berdiet! Ku tutup sahaja mata ketika membayar instructor itu (bolehlah thn mahalnyer!)....

Kini .... hasilnya belum aku tahu lagi..ye laa..sebab baru dua minggu...dan selama berdiet ini...aku dipantangkan drpd melihat timbang!

Rutin harian sudah bertukar...makanan juga tidak 'seindah biasa'.... waktu rehat ku di opis yg dahulunya adalah waktu tidur..telah bertukar menjadi waktu untuk aku membuat senaman cardio!

Selamat Berjaya Wahai Aku !

Hidup ini ...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua...sudah terlalu lama tidak menjegah blog ini...ada ketika waktu yang tidak mengizinkan...ada ketika keadaan yang tidak mengizinkan....hanya bertemu rakan2 blog di FB....itu pun tak ramai...sekadar menyapa untuk bertanya khabar...

Aku...tiada apa yang istimewa...beginilah seperti dahulu dan selalu2 nya....menguruskan anak2 serta kerja yang tak pernah habis...selagi belum menutup mata...

Bercerita tentang blog...teringat aku kepada seorang lecturer aku semasa di UiTM dahulu... En Alwi Bin Mohd Yunus namanya...berchatting dgn nya di FB umpama seperti rakan2 seperjuangan...bukan pensyarah dgn pelajar...bergurau, ketawa, usik mengusik dgn rakan2 yg lain...

Aku terfikir...dia ini ternyata seorg yg tidak memetingkan statusnya sbg seorg yg terpelajar kpd org lain...sbg org yang lebih tinggi ilmunya drpd org lain...

Dan..alhamdulillah...masih ada manusia yg sentiasa mengenali diri dan memuhasabah diri sendiri di dunia ini..!