Pengikut

Bila tak de mood ...

Tak de mood lagi!
Cam dah tak de modal nak tulis n3 (mmg pun..sbb hati tengah "bengkek"...)
Bukan tak de mood sbb esok dapat dah dpt cuti umum, hati dah ingat nak balik... tak ... bukan ..
Tapi tak de mood sbb kena kerja!
Rouster dah keluar ... 
Aduh duh duh duh ... nama naik la pulak utk buat OT !
Dah lah pengasuh pun esok cuti...
Dah sah2 kena bawak anak2 ke ofis...
Mmg buat kerja yg wajib je lah jawabnya nie ...
Hubby tak der pulak nak minta tolong ... out station jerr ...
Ermm...apa2 pun, bukan Izah sorang rasanya yg kena kerja esok kan...
Mesti ramai lagi kat luar sana ...
Anyway, selamat berkerja dan ikhlas2 kan lah diri anda (ingatan tuk diri sendiri gak..heheh! )



Apa hukum mendoakan yg buruk utk org lain?

Apa hukum mendoakan yg buruk utk org lain? Ermm...hal nie berlaku tak jauh, dlm ofis Izah sendiri, yg melakukannya pun dikalangan kawan2 Izah jugak. Bukan nak burukkan org, tapi Izah tgk makin lama perangai makin menjadi2..umur mmg dah berusia dah org nya....tapi fikiran? Mcm tak matang lagi!

Ada ke patut kalau dia sakit hati atau marah tak kiralah pd sesiapa atau pun atau pada sesuatau benda (tapi selalunya dia marah pd org...) dia akan kata "..korang tgklah nanti, aku doakan bla bla bla tu akan terjadi benda2 buruk kat dia...tunggu lah, depan ka'abah nanti aku doa..."! Dia nie pergi buat umrah dah 2 3 kali jugak....

Tapi..ada ke patut mcm tu. Dlm Islam ada ke ajar mcm tu? Tgk dia nie solat tak tinggal, tapi boleh pulak ckp mcm tu. Bukan takat tu jer..ada lagi...dia nie tak kan makan makanan kwn2 seIslam yg tak solat (tapi yg pelik, bila kwn non muslim bawa mknan, ko belasah jer..! ). Pelikkan?

Haiii..entahlah! Izah bukan sesiapa utk menghukum, apatah lagi nak kata Izah ni baik, sekadar menceritakan sebagai ingatan supaya ianya tidak terjadi kepada diri sendiri mahupun org2 lain. Kita bukan nabi yang sentiasa maksum..Wallahu'lam!

CUTE BABY 2011 BY MAMARIFqy !!

 Asalamualaikum ... tertarik sgt nak joint contest nie sbb ia nya melibatkan baby, sbb Izzah suka baby...
Contest dibuat katanya bersempena dgn NEW YEAR, sempena BESDAY IQY & BesdaY MAMA !
3 in ONE or Tiga Dalam Satu!

Ermm..apa yg buat contest ni lagi menarik...dia punye PENAJA...tu diiiaaaaaaa.... sampai 5 orang... Semua ceq dah follow ....

1. nanidean
2. yanti 

3. Dhiya

Haa...habis tentang penaja, mai ceq nak tunjuk gambar anak2 pulak ...
Ini kakak - Nurnajiha Nuha ~ 3 Years

Ini adik - Nur Qistina Waheeda ~ 1 Years

Heheh..dah siap..So pada sesiapa yg nak join...boleh lah klik sini - MAMARIFQY

MAMARIFqy as UR referrer

Antara TASKA atau RUMAH ORG

Kepala tengah pening...
Tengah nak cari keputusan nak hantar anak di mana...
TASKA atau RUMAH ORG...
Kalau di taska, dia boleh belajar...
Kalau  di rumah orang...belum tentu dia belajar...
Kat taska, ramai budak2...perhatian mungkin tidak boleh 100%
Kat umah org, mungkin boleh sbb tak ramai budak...
Mmg lah kalau difikirkan secara logik, kalau satu bende tu dah nak terjadi, akan terjadi juga walau di mana pun ... 
Tapi .... hurmmm..entahlah!

Lambatnyerr....

Ishhh..
apasal rasa lambat jer masa berjalan hari ni?
kerja dah lama beres..(yang current laaa..yg backlog lum lagi..heheh!)
dah jauh dah ber 'blogwalking' hari nie rasanya....
tapi jam kat dinding cam kat situ jer jarumnye tak gerak2...
Issshhh.......!

"Coli Jupe lawan laser Malaysia"

Huiii...tgk tajuk pun dah rasa gerammmm...Apalah yang ada dlm pemikiran dia org nie kan. Nak balas dendam lah, apa lah..apa lagi lah yang tak puas hati...! Mmg tak boleh nak terima hakikat kalah ker???

Kalah atau menang kan adat bertanding....kalau sumenye nak menang..cam ne lah pulak nak dikira tu... tak boleh lah nak buat pertandingan.

Yang nak tolong balas dendam pulak bukan pemain bola, tapi seorang penyanyi dangdut, iaitu Julia Perez. Memetik kata2 nya..: pemain Malaysia akan "diajar" melalui cahaya laser, tetapi ia lebih unik kerana dipancarkan dari coli khasnya. Katanya lagi.." kali ini saya akan pakai coli dilengkapi cahaya laser - biar buta semua pemain Malaysia.."

Huh! Tak ke pendek akal namanya tu! Hallo cik akak, tak takut ker, tak malu ke bg org tgk bdn awak? Silap2 pemain awak yg tak kelip2 mata pandang tubuh awak tu....!

Hummm...apa2 pun yg kita nak buat, fikirlah dulu baik buruknya! 

Sumber: Harian Metro

Oh h/phone ku!

Tiba2 tergerak nak belek h/phone dgn teliti sbb ternampak ada satu garisan panjang di screen ...
Setelah diteliti ... 
Ya Tuhan..... rupa2 nya kesan pecah!
Bila masa pulak pecah???
Sikit2 dah mula nampak sumpik..
Hadoiii ... nak kena tukar lah jawabnye nie ...
Dah lah casing nye pun sumpik sbb terjatuh di atas jalan tar ... !
Haru betul!
Sape tau dan kat mana boleh tukar??? Low Yat??
Berapa pulak kosnyer ... ???
Kos utk model Iphone!

Driver perempuan ... byk masalah?

Semalam..dlm perjalanan nak balik rumah, drive lah keta laju sikit sbb jalan kosong. Mungkin sbb hari tu hari minggu, so keta tak byk .... 

Nak jadi cerita, sampai kat satu road nie, IZ di lorong laju..tetiba jer kena slowkan pemanduan sbb ada sebijik keta nie tengah "makan angin" kat lorong laju!

Hadoiii...dah la perlahan, pas tu siap mkn2 and gelak2 lagi dlm kereta masa tu! Bukan lah IZ marah nak makan, nak mkn makanlah, nak gelak pun gelaklah, tapi kalau rasa tak boleh laju, tukarlah laluan ke sebelah kiri...

Lama juga IZ terpaksa 'memfollow' keta dia nie. Apa yg dpt diperhatikan, pemandunya telah memandu dgn cara yg salah, yelah, tengah makan, so tgn yg pegang stereng cuma satu, kejap tukar kanan, kejap tukar kiri, dgn selambanya sambil berbual2..(bukan dia x nampak kereta di belakang)..dah tu, pandu perlahan di lorong laju....

Tapi siapakah yg memandu kereta tersebut??? Jawapannya ialah PEREMPUAN!..haaa..kaum2 hawa sekalian, (termasuklah IZ sendiri) cuba renungkan...kalau kita dibidas selalu timbulkan masalah di atas jalan, kita marah, kita nafikan...tapi tgk apa yg berlaku?

IZ tahu, bukan semua kita perempuan yg bersikap begitu..tapi apa yg penting di sini adalah keselamatan. Bukan kita, tapi keselamatan semua pengguna j/raya. Sikap kita akan mempengaruhi apa yg bakal terjadi...sekadar berkongsi..Wallahu'alam...

Satu lagi .... award!

Hehehe ... kali nie dtg dari blog BB@Budak Botak (huii..cam ganasss jerrr...tapi sebenarnya tak kann...!). Cara bg award mmg unik, jom sama2 kita tgk award dia .... 


Dah sah2 mmg cute awardnyer! Dan..seperti biasa...ada soalan2 yg nak kena jawab...iaitu:

1) Pendapat tentang blog BB: 
~ menghiburkan
~ ada info
~ menarik! 

2) Nama blog: Hitam Putih Kehidupan ( tapi hijauuuuu jerrrrrrrr!)
~ berdasarkan kehidupan seharian
~ medium utk luahkan segala apa yg berlaku kpd persekitaran atau diri sendiri

3) 5 perkara suka: bunga, tempat cantik, wangi2an, org baik2, baca buku

4) 5 perkara x suka: kutuk org, kena drive sendiri, sesuka hati marah org, ckp laaa...

Ok..sekarang nak tag 10 org utk dikongsi bersama award BB nie:

Fuhhh! berpeluh.... so....korang kena la pulak jawab soalan2 sebelum ambik award nie...iaitu...
1) Pendapat tentang Hitam Putih Kehidupan
2) Knp kamu pilih nama blog kamu tu
3) 5 perkara suka
4) 5 perkara x suke

Dah...tu jerr...! Bye

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"

Hai hai hai .... contest lagi ... 


Ermmm ... inilah dia tajuk contest tu - "giveaway eqbalzack "SERBA SATU". Tak tau lah sbb apa dia guna tajuk tu. Mungkin sbb dia suka no 1, atau pun nak menunjukkan inilah satu2 nya blog dia yg mmg tak sama dgn orang lain, atau pun nanti dia nak bg hantaran kawin serba satu (eh, tak tau la dia nie dah kawin ka belum!)..atau...no 1 tu byk bg untung pada dia.., atau bulan 1 nanti birthday dia kot...dan apa2 je lah ... 

So..IZ nak tag sorang ...  jeng jeng jeng ... IZAMIR
Dan pada sesiapa yg nak join ... silalah klik kat sini : - EZ ... ok.. daaa!

"Langgar kereta sebelum samun.."

Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua warga blog....harap2 semuanya bukan didlm situasi 'monday blues' yerr...semua org kata hari Isnin adalah hari yg paling malas tuk bgn pagi dan pergi kerja... ermm...pokok pangkalnya kita sendiri kan!

Baca paper Metro hari nie IZ tetarik dgn tajuk berita "langgar kereta sebelum samaun", yg mana seorg wanita disamun oleh org yg telah melanggar keretanya. Rasanya, perkara ni dah lama berlaku kan dlm masyarakat kita, cuma ia semakin hari menjadi semakin teruk dan buruk sehingga ada yg mengorbankan nyawa!

Berbalik pd cerita tadi...apakah sekarang nie, kalau org langgar kereta kita dari belakang, kita akan buat tak peduli sahaja? teruskan sahaja perjalanan walaupun keadaan kereta kita dah remuk sgt2. Kita buat tak peduli sbb takut akan disamun, dirompak, dan mungkin dibunuh oleh yg melanggar.

Mcm mana cerita tu? Kita tidak tahu niat org lain terhadap kita. Jika dlm keadaan panik, kita tidak mampu utk berbuat apa2 bukan... Jadi, apa langkah2 keselamatan, terfikirkah kita jika ianya terjadi di saat2 yg tidak kita duga? Wallahu'alam...minta dijauhkan...

Terima kasih !

Bukan nak bodek ...
Bukan nak sanjung dia ...
Bukan nak selalu dilawati ...
Bukan nak minta diberi keistimewaan ...
Cuma nak buat ucapan terima kasih ...
Buat dia ... dia yg merupakan seorang manusia biasa ...
Sudah lama hasrat terzahir ... cuma dlm hati ...
Malu nak meluah ...
Kerana dia ... aku bertambah sahabat ...
Kerana dia ...
Kerana dia ... ideaku kadang2 dtg mencurah!
Terima kasih buat insan ini ... BEN ASHAARI

Contest Muslimah Anggun 2

Tak di TAG oleh sape pun..saje2 nak joint .... 


Tapi nak TAG blogger lain pulak  ....

Seorang wanita yang sangat2 lembut hati, perwatakan yang sangat2 biasa, sgt suka kepada keindahan bunga2...seorg wanita, isteri dan ibu yang belum sempurna zahir dan batin! Masih mencari kesempurnaan diri sendiri....
Sekian ...

Jom Join Bloglist LM !

1) Tadaa ... banner dah siap!

2) Entrynyer .... Jom Join Bloglist LM ... jom jom jom..!, kita puteri la ....

3) Sbb: Tak mahu lagi kehilangan sahabat lama..kita nak jejak dia sampai bila2 pun, tak mo putus sahabat!

4) * ... blog miza ada info
    * ... blog miza ada hiburan
    * ... blog miza best
    * ... blog yg tak kering idea!
    * ... blog yg maintain PINK...hehee

Sape nak join klik sini yer..!

Bila kering idea..

Bila kekeringan idea...
Apa yang patut dibuat...
 Teruskan menulis dgn paksaan???
Tak kan nak merapau yg bukan???
Apabila ketandusan idea2 ...
Apa sbb nya???
Sbb byk kerja lain ker???
Yang pasti...
Fikiran sangat2 kosong...!

Siapa punya angkara?

Seperti kebiasaan..sampai ofis saya akan check emel yang masuk...tiba2 tersentak saya apabila membaca penyata daripada syarikat telekomunikasi Maxis, yg hanya menyatakan no akaun, total amaun due dan statement date... (dlm hati pelik kerana selama ini tidak pernah memohon penyata secara online...tak perasan lagi apa masalahnya...)

Tergerak hati nak buka attachment...so click kat situ...tetapi..bila baca penyata akaun yg diberikan itu, ternyata ianya bukan milik saya! Alangkah terkejutnya saya... rasa nak pitam jap! Baru saya perasan ada beberapa perkara yg berbeza dlm penyata akaun itu yg menyatakan ia bukan milik saya dan disalah guna:
1) No akaun ... sah2 lain dr akaun yg betul
2) No telefon ... bukan no phone saya atau suami
3) Broadband bil ... hanya 22 ++, sdgkan paling murah 38 atau 48 (betul tak..?)
4) Alamat ... saya tidak menggunakan alamat rumah
5) Penama akaun .. selama ini bil diterima atas nama suami dan bukan nama saya!

So??? siapa punye bil yg telah saya terima, exactly menggunakan NAMA dan ALAMAT RUMAH SAYA dgn tepat! Angkara siapakah ini??? Saya telah pun membuat laporan dgn Maxis, dan berjanji akan menghubungi saya kembali...tetapi sehingga ke waktu ini, saya masih belum mendapat jawapannya!

Apa yang patut saya buat??

Kunjungan rakan blog ...

Assalamualaikum
Selamat sejahtera buat semua warga2 blog sekalin...semalam, saya telah menerima kunjungan seorang rakan blog dan iaitu Dr Hafiz dan isterinya Dr Aisyah. Tidak saya sangka pekenalan yg cukup singkat di laman blog membolehkan kami bertemu di alam nyata! 


Pada saya, mereka berdua adalah org yang cukup berhemah. Tidak sombong walaupun kedua2 nya golongan profesional. Apatah lagi Dr Hafiz adalah seorang CDM dlm perniagaan HAI-O... dan saya merupakan seorang pelanggan yg telah menggunakan produk beliau. Yang paling saya suka, kita sebagai pelanggan tidak perlu bersusah payah mencari beliau utk beli barang, tetapi...beliau yang akan dtg kepada kita!


Itulah yang terjadi mlm tadi. Beliau dan isteri sendiri telah dtg ke rumah saya utk serahkan barangan yg di beli walaupun tersesat2 dlm perjalanan...saya benar2 tidak sangka...apatah lagi menghadap jamuan yg tidak seberapa, dgn kerenah anak2 saya lagi, tapi...mereka humble, mereka simple! 


Kini...saya bercita2 ingin menjadi seperti beliau dan isteri..Insyaalah...Terima kasih atas kunjungan!


p/s: Sesiapa yg berminat nak beli set Premium Beautiful, boleh lah pegi ke blog Dr Hafiz . Ataupun boleh juga hubungi@emel saya di najiha_nuha@yahoo.com...produk yg sgt bagus kerana saya sendiri telah merasainya...

SAYALAH BLOGGER ITU



1. Hitam Putih Kehidupan
2. Hitam Putih Kehidupan
3. Hitam Putih Kehidupan
4. Hitam Putih Kehidupan
5. Hitam Putih Kehidupan
6. Hitam Putih Kehidupan
7. Hitam Putih Kehidupan
8. Hitam Putih Kehidupan
9. Hitam Putih Kehidupan
                           10.Hitam Putih Kehidupan

Dingin nya pagi nie ...

Assalamualaikum...
Ermm ... semua nya IZ rasa sekarang nie tengah kesejukan...tgk lah cuaca kat luar...dah mcm kat oversea, ala2 berkabus gitu! Dlm opis toksah ckp arr...dah tahap beku dah nie...aircond skit punya kuat... Ada sorang staff tu dah pakai serupa cam omputeh, dgn baju sejuk tebalnya..dgn mafla nya...selalunya time2 cam nih matahari dah mencanak naik...tak pe lah...hujan pun rahmat juga kan...kita di Malaysia kira beruntunglah sbb iklimnya khatulistiwa....

Amboi ... garangnyer!

Assalamualaikum ... salam sejahtera buat semua warga blogger. Hari ni nak cerita pasal pemandu wanita. Semalam, IZ drive sendiri..tension..biasalah, KL..keluar je opis 5 minit..dah jammed! 

Semalam trafik agak perlahan juga, dlm pada perlahan tu, IZ sempat juga memerhatikan tingkah laku pemandu2 dan penunggang2 jln raya. Huii...bukan main lagi...ada yg mmg betul2 mengikut peraturan dan ada juga yg sebaliknya...

Itu tak pe lah lagi...ada satu citer , adalah sebiji keta ni, tiba2 pemandunya potong q...keta yg dipotong q pula adalah perempuan..apalagi, hanginlah pompuan tuh, siap tunjuk2 penumbuk lagi berserta dgn mulut yg terkumat kamit "menyumpah" agaknya!..

Isshh...dlm hati IZ berkata..tak takut ke pompuan nih? Buatnya yg potong q tu kaki buli dan nampak apa yg awak buat, tak ke naya? Tak pasal2 awak pula yg kena nanti...Zaman sekarang bukan mcm dulu dik oii...yang potong q tu pun satu, jgnlah dah sampai depan2 simpang baru nak potong, kan bahaya..

Apa2 pun, kita mesti selalu amalkan sifat sabar...elakkan mengeruhkan lagi keadaan...sekadar nasihat dan renungan...

Wallahua'lam...

Jikaku tak bangun esok pagi ...

Assalamualaikum ...

Jika aku tidak bgn esok pagi ...
Sahabat, mahupun teman ...
Jagalah dirimu sebaik mungkin
Sentiasa ingatkan di hati semua..
Dirimu amat aku kasihi

Seandainya dihimpit bencana ...
Sujudlah pada Tuhanmu...
Minta diberikan bimbingan..
Dlm meniti kehidupan..

Sahabat...tiada apa yang kekal di dunia..
Yang paling pasti
Sayangku pada sahabat akan kekal abadi

Hanya satu yang ku pinta ...
Moga sahabat tidak akan lupa ...
Mengutuskan walau sebaris ayat doa ...
Kita jumpa lagi di SANA ...

Janganlah macam tu ...

Hari IZ mcm ada byk masa sikit..so pergilah ber b/walking kat blog memember....rata2nya semua ada en3 baru..rata2 punye follower yang boleh thn ramai dan tersendiri...tapi yang tak sedap pulak...ada pulak IZ terbaca, kes yang blog nyer kena kutuk! 

Kutukan diletakkan di shoutmixbox pulak tuh! So, sape2 yang masuk blog dia, semua boleh nampak dan baca...haii..kesian betul.. Yang paling tak puas hati, si pengutuk tu pulak tak letak link blog dia kat situ, just letak nama samaran jer kot. Apa la...kutuk orang berani, nak tunjuk identiti tak berani pulak!

Sahabat...jgn lah buat org mcm tu...nak tegur, tegurlah elok2...nak bg nasihat/pandangan bukan tak boleh..tapi berhemah ok..jgn sampai org sakit hati. Bila org dah sakit hati, ramai la pulak org yang akan 'menyumpah' awak nanti..ingat2 sikit...

So, kpd tuan empunya blog, bersabarlah yer...adalah hikmahnyer tu...manalah tau..kot2 lepas nie follower lagi ramai dan akaun nuff pun ada byk hasil kan!

Premium Beautiful Dan Happy Belated Birthday to U !

Ermmm ... mesti semua blogger dah dgr pasal Premium Beautiful kan??...heheheh..kt sini IZ nak citer sikit pasal PB nie..Satu hari, IZ b/walking la ke blog kwn2..sekali masuk la kat blog Ben Ashaari...tgh dok layan2 baca en3 dia, terpandang satu iklan tentang PB nie (Bro Ben kan suka letak iklan tetiba kat tengah2 en3 dia..hehe)...dan iklan itu dtg nye dr blog nie TOWARDS INFINITY ... 

Nak jadikan cerita...IZ pun berminat lah nak guna korset PB nie, so, buatlah deal dgn Dr Hafiz (empunya blog TI, dan isterinya juga seorg Dr, Dr Aisyah...Kedua2 nya sgt baik dan ramah. Tak jauh pun beza usia kami, cuma setahun jerr...

So, dkm masa 3 minggu IZ pakai korset nie, hurmmm.....dah nampak jugak hasilnya. Yang pertama2 sekali ialah...sakit belakang yg IZ hidap selama nie dah berkurangan! (ramping tolak tepi dulu...) Tak de lah hari mengadu dgn hubby pasal sakit belakang. Betul....ini bukan cerita main2....haaa..itu baru 3 minggu..kalau 3 bulan????

Yang keduanya, bhgn yg byk spare tyre selama nie dah kurang gebu dah! Mmg best pakai korset nie tau. Ia 'pegang' betul pinggang dan bdn kita. Rasa berbaloi la membelinya... So pada sesiapa yang mengalami masalah sakit belakang atau pun nak ramping, boleh lah gi kat blog Dr Hafiz tu yer ... dan yang paling best hari ni IZ dah boleh pakai kebaya! hehehe ...

Anyway..to Dr Hafiz dan Dr Aisyah...happy belated birthday to both of u, may Allah bless u and wish u all the best!
Terima kek utk u all ...

yang IZ ambik dari En Google .. heheh


Semangat yang hilang ...

Assalamualaikum ...
Salam sejahtera buat semua warga blogger. Hari nie nak mulakan hari dgn semangat yang baru! Semangat yang hilang semalam nak dibuang jahu2! Kenangan hanya tinggal kenangan. Semalam biarkan berlalu... Walaupun hati masih sakit, tapi...biarlah! Tuhan yg lebih mengetahui...Tahun baru pun dah nak muncul. Tak mahu lagi besikap pasif!

Duhai sahabat ... !

Assalamualaikum ... Salam sejahtera juga buat semua warga blog. Hari dtg kerja dgn mood yg agak tidak menentu... manakan tidak, semalam telah terjadi sesuatu pada diri ini. Tiba2 seorang kawan memuncungkan bibir pada IZ, berckp pun nak tak nak sahaja...dr mula IZ dah perasan, tapi tetap buat mcm biasa...tapi hati berkata mcm ada sesuatu yg tak kena...

Mmg betul apa yg diduga, rupa2nya dia marahkan IZ. Tapi knp harus bermasam muka? IZ bukan tak boleh terima teguran...sahabat...telah berapa lama kita berkawan? Dah mkn tahun dah...lama tu...masakan masih berperangai seperti keanak2kan? Dulu masih ingat lagi yg sahabat menceritakan perihal seorg sahabat lain yg melakukan perkara seperti ini kpd sahabat. Tapi kini mengapa sahabat yg mengulanginya?

Nak ditegur...sahabat lebih berusia drpd IZ, rasanya tidak elok kalau berperilaku seperti itu. Kita hari2 akan berjumpa... Tidak mengapalah..mungkin ada sbb mengapa sahabat bertindak sedemikian... Minta IZ, jgnlah lakukan perkara yg sama pada sahabat lain..cukuplah kalau hanya IZ yg terkena! Wallahu'lam

“Contest – Menangi Flash Header dari Ceym.Net“

Apsal ek?? Hari nie IZ asyik masuk contest jerr...suka sgt2...jalan sana ada contest, jalan sini ada contest. Mudah2 pulak tu....tak payah pening2 kepala nak fikir. Haaa...nie lagi satu contest yang IZ nak cuba masuk. Masuk nie dah 3 contest dah...manalah tahu..kot2 boleh sangkut pulak contest yang nie kan...tuah IZ, manalah tahu...sape yg tak nak header free kan....!
Haaa...ni lah banner utk contest nie...korang leh tgk..kan ker bergerak tulisan tuh. dah tu boleh tukar2 warna lagi..! Rasa2 teringin tak nak wat header cam tuh??

Hah...apa lagi, jom la join sesama...IZ telah tag empunya blog yang bertuah nie:

Dah siap pun! Simple dan tak pening... dan pada sesiapa yang berminat, bolehlah KLIK kat sini yer..selamat mencuba dan selamat berjaya!

"Mari Sertai BlogList Izamir Ridzwan"

Waahhh...semangat sungguh adik kita ni yer nak promote blog, mcm2 strategi yg dibuat...bagus, bagus...Semangat yg mcm nilah yg kita nak lihat. Asal sahaja tidak menyalahi undang2, tak menyakiti hati mana2 org dan yang paling ikhlas! Dan Kakak IZ as your follower...telah di tag oleh tuan tanah blog utk misi: 

2) "Mari Sertai Bloglist Izamir Ridzwan". (Akak joint k...don't worry..!)

3) Perempuan cantik ... hehehhe (si jejaka @ si jelita)

4) Pada pandangan IZ, blog ini mengandungi elemen2 seperti:
    * menarik
    * ada informasi
    * byk segmen

5) Suka baca segmen UMUM, BERITA dan kadang2 PERSONAL

6) Tag 3 sahabat Blogger

Ok lah, dah hbs dah...


Anda Happy Berblogging ?

Waa...semakin advance sahabatku ini....Nak joint jugak laa ....

Jawab soalan ini :
-Sudah berapa lamakah anda berblogging ?
* Tak la lama sangat..baru jer...dlm 2 bulan
-Adakah anda happy berblogging ?
* Yer, sudah tentu. Selain tentang diri sendiri, kita juga boleh mengetahu kisah2 hdp org lain, bertukar pendapat, pandangan, tips atau nasihat. Boleh tambah ramai kenalan
-Adakah anda mempunyai kenangan pahit selama berblogging...ceritakan.
* Alhamdulillah...setakat nie tiada kenangan pahit yang penah dilalui. Harap2 tiadalah yg pahit!
-Harapan terhadap blog anda
* Semoga blog ini akan terus success!

Pandangan anda terhadap blog LM
* Sebuah blog yg ceria, matang
* Berinformasi
* Cerita menarik yg kaya dgn pengalaman sendiri
* Yang paling penting ... maintain PINK !


Petua

Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua kwn2 blog. Mcm dah lama rasanya tak update n3. Padahal baru jer 2 hari. Friday and Saturday tak dpt nak online sbb tersibuk lah sgt2 dgn little misses IZ yg dua org tu! Ditambah lagi dgn kesibukan mengemas rumah (dah lama rasanya tak berkemas since my bonda dan adik dtg). Sapu dan mop mana yang patut ... 

Semalam tengah basuh pinggan mangkuk, terbasuh lah sebijik botol plastik. Actually botol nie dah lama, IZ buat bekas simpan air. Tgk2 bhgn dlm botol tu dah keperang-perangan sikit. So apa lagi, IZ ambik segenggam beras, then masuk kan dlm botol tu, letak sikit air, then shake, and shake and shake that bottle lama2... 

Hasilnya? Bhgian dlm botol yang dahn keperang-perangan tu dah tak de! jadi putih bersih. Beras mmg byk khasiat dan keguanaannya kan. Air beras pun sama. Antara kegunaan beras atau pun air beras yg pernah IZ tgk masa kecik2 dulu (yg atok dan mak selalu buat) ialah: 

1) Beras boleh digunakan utk sbg ubat utk chicken pox (digiling bersama pucuk daun jambu)
2) Beras boleh menjadi bhn penghilang daki botol
3) Air beras boleh dijadikan air cuci ikan (hilangkan bau hanyir)
4) Air beras utk siram pokok (tak ingat pokok apa..tapi mak selalu siram pokok guna air beras!)

Sekian ... 

Ada hikmahnya ...

Assalamualaikum
Semoga sejahtera utk semua rakan blogger, hari ini IZ akan tinggal bertiga dgn anak2 sbb suami outsation ke Jakarta. Memang selalu pun kena tinggal cam tu. Memula tu mmg lah rasa sedih, geram pun ada, tapi lama kelamaan, perasaan tu boleh terima sikit2...

Dulu, masa mula2 kawin, bila suami kata nak pergi outstation, IZdah mula tak senang duduk. Semua serba tak kena. Mulalah fikir cam ne nak pergi kerja esok, dgn nak carry anak lagi, nak naik apa? Suami suruh belajar bawak kereta, mcm2 alasan yg IZ beri. Takutlah, susahlah...! Penyudahnya pergi kerja naik teksi. Pagi2 buta dah keluar rumah, sekali dgn anak!

Tapi kan, lama2, IZ terfikir sendiri, sampai bila aku nak harapkan suami jer, atau pun harapkan org lain hantar dan ambik pergi kerja? anak2 lagi... kalau org yg diharapkan ada hal, atau pun anak tetiba sakit mlm2, lagi susah IZ nanti. 

Jadinya, dalam keterpaksaan, IZ belajar lah memandu. Niat di hati tak mahu lagi susahkan sesiapa. Suami pun tak risau. Alhamdulillah, hari ni belajar, esok dah start bawak..(keta auto...tu yg cepat pandai...hehehe!). Keaadaan menjadi semakin mudah dan teratur. Tu lah hikmahnya selalu kena tinggal..nak tak nak kena buat semua...akhirnya dpt juga berdikari sendiri!

Jom kita berkenalan ...

Jom kita berkenalan ...

 2) Mula buat blog ... 

November 2010 (Nov 23 kalau tak silap ... )

3) Jumlah follower ...

268 (setakat en3 ini ditulis ... )

4) Berapa trafik harian ...

Tidak pasti (tapi yang pasti sangat2, hari2 ada org masuk ... )

5) Sehari berapa entri ...

3 atau 4 (adakalanya terpulang pada pada keadaan ... )

6) Blog yang best dan suka baca ...

Dah tentu2 lah blog BA (bukan nak mengampu yer ... ! ). 

Blog LM

Blog En Mamat

Blog Zulkbo

Alkisah ... sekian!



Bila 'mood' tetiba merundum ...

Assalamualaikum ...
Pernah ke kamu semua rasa apa yang IZ rasa? Tetiba jer 'mood' hilang. Nak buat satu apa kerja pun tak jadi tau tak...rasa down sangat2..nak menangis pun ada. Padahal kerja punya lah melambak... Apa nak jadi nie...Rasa nak je balik umah saat2 mcm nie!  

Apa istilah yang boleh kita panggil utk menamakan keadaan mcm nie? Parah juga tau kalau seharian mcm nie. Kalau duk di rumah tu, boleh lah thn lagi. Tapi kalau di ofis? Mau keras dibuatnya nak tunggu sampai waktu balik kerja karang!

Isshhh! tak boleh jadik nie...

Award lagi!

Hari ni IZ dapat lagi satu award ... datangnya dari si come lote NUR 
Dia bagi award nie kat sume follower dia jugak...bukan kat IZ sorang jer tau. So..sape2 follower dia yang belum ambik..boleh lah gi blog dia kat SINI k..!

Anyway, thanks ye Nur. Friendship forever!

Kudis Buta + 'Kissing Tonsil'

Assalamualaikum ... salam sejahtera buat semua blogger2 hari ini. Hari nie hati masih sayu, teringatkan mak dan adik2 yang dah balik ke kg ... rindu rasanya. Ermm, tak pelah, nanti senang2 boleh balik kg lagi. Hari nie dah start hantar semula anak2 ke umah pengasuh. Apalagi...yang si adik menangis2 tak nak tinggal, tapi yang si kakak, tgk dia releks jerrr!

Cakap pasal kakak, petang semalam IZ bawa lah dia ke klinik sbb bdn dia dah byk hari asyik gatal2. Bintik2 merah penuh serata kaki terutama bahagian celah kelengkang. Kesian pulak tgk dia asyik tergaru2!. Memula IZ ingatkan cuma ruam2 sahaja sbb dia suka berpeluh, badan pun boleh tahan chubby nya, rupa2 nya bila bawak jumpa dr, dr kata dia kena kudis buta! Ya Rabbi...manalah dia dpt benda nie?

Dah lah tu sau hal, ada pulak satu hal lagi bila dr tiba2 bertanya, "knp dia benafas ikut mulut yer?". Kami pun jelaskanlah, dah lama sebenarnya dia mcm tu..mcm saluran pernafasan dia sempit..sebelum nie ada gak jumpa dr, tapi semua kata tak de apa2. So, dr tu pun check la, sekali tgk dr tu kata..."cuba u tgk tu, dia ada masalah tonsil, nak bercantum dah...!"

Errk!, terkedu kami dinbuatnya...rupa2 nya selama nie si kakak ada tonsil..patutlah muka dia mcm ada bengkak sikit. Ingatkan sbb chubby, pipi jadi gebu! Apa nak buat? Setakat ni kami masih belum tahu nak buat apa. Dr suruh jumpa dia semula hujung minggu nie, nak buat surat utk refer kakak ke pakar ENT. 
Ermmm .... Wallahu'alam!

Award Istimewa Aibaks

Award yang kedua ... IZ terima award istimewa yg telah IZ dapat ini telah di tag oleh sdr maxirosli ... Terima kasih byk2 bro! Jom tgk ...
Friendship Forever!
IZ tag member lain pulak yerr...
1. QILAH
2. Emylyana

Nasi Ayam!

Dah masuk waktu lunch nie ...
Hati dari tadi dah teringat kat NASI AYAM ... (cam ne lah nak kurus cam nih!)
Byk tempat dah gi mkn nasi ayam nie, tapi nasi ayam kat NEWS CAFE NSTP lah rasanya yang paling sedap! 
Outsider pun ramai yang dtg mkn nasi ayam kat cafe kami ni...
Apa lagi...nak pi turun sat ... sat lagi IZ upload gambo k!

Tahun Baru ... hobi pun baru!

Hehhehe ... sebut pasal hobi, mesti semua orang ada hobi kan? Saya lah juga dengan IZ. Hobi baru IZ kali ada lah menanam pokok bunga. Tapi cuma satu jenis bunga jer yang IZ suka tanam ... iaitu bunga ROS! Tak tau lah kenapa suka sgt dgn bunga ros nie. Sedap je mata memandang bila bunga2 nye tengah berkembang ... Kat umah baru ada 3 pasu bunga ros. Tadi singgah gift shop, sembar sambar 7 kuntum bunga ros warna kuning utk nak diletakkan dlm vase kat umah!

Saje beli yang belum berapa kembang ...

CANTIK NYERRR!!!!!!!!! bila dah kembang!

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

Utk memujuk hati yang sedih, cuba juga ber riang ria dgn masuk contest dr blog mama kembar 3 nie ... 
Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!
yang mana mama nie ada 2 blog ...
http://mamakembar3.blogspot.com/
dan
(pandai sungguh mama bahagi masa utk buat 2 blog dan jaga si kembar 3 tuh!)

Hadiah pun tak kurang menarik jugak utk contest ni tau ... Nak tau apa? Cuba tgk pic bawah nie ...
Taraaa .... BEG yang BUKAN SEBARANG BEG ... tapi BEG yang ada KAIN TELEKUNG yang sangat2 cantik..sgt sesuai utk travel saya kira ... dan juga, ada lagi .....
Barangan daripada VICTORIA SECRET !


Nak tag sahabat blogger yang ini:
1. LM
2. NAD
3. MAMARIFQY


Dah habis....!!!

Tinggal berapa jam je lagi ...

Pagi ni perjalanan ke ofis diiringi dengan hati yang sedih, sebak dan sayu ...
Manakan tidak, ibunda tercinta dan adik2 akan berangkat pulang ke kg malam nie...
Tiada lagi masakan enak ... tiada lagi kain yang berlipat rapi ...
Tiada lagi yang menyambut diri ini balik kerja petang nanti
Yang paling sedih tentu anak2 ... 
Arrggghh ... tgn dah tak boleh menaip,
Air mata dah bejujuran turun ... pandangan menjadi samar dek air mata
Yang pasti ... AKU AKAN MERINDUI MU SELALU IBU ...
TERIMA KASIH UTK SEGALANYA ... !

Apa nak jadi ...


SUBHANALLAH..!
Hanya perkataan ini yang mampu terkeluar daripada bibir tatkala menatap frontpage akhbar HM hari ini. Bayangkan, org yang melanggar bayi tersebut menangis teresak2..sedangkan yang membuang bayi ini...tidak kita ketahui perasaannnya. Mungkin tiada perasaan agaknya! Sbb itu dia sanggup buang ..

Inilah yang IZ kata bosan menatap akhbar hari2. Berita2 yang terpampang sgt2 menyentuh hati. Tapi, apa boleh buat, kerja di bahagian Resource Centre (online) memerlukan IZ meneliti setiap berita yang keluar... Muak utk membaca cerita yang menghiris perasaan!

Kepada anak2 muda bergelar remaja di luar sana, nasihat seorang ibu kpd anda semua... sentiasa berfikiran waras, ikut yang positif ... akal menjadi tunjang ... Umi juga punya dua anak ... 
Wallahu'alam!




Salam Takziah ...

Assalamualaikum...
Petang IZ semalam tiba2 jadi mendung...suami call dr ofis mengatakan akan ke Johor Bahru mengiringi jenazah seorang rakannya yang baru sahaja kemalangan maut...Innalillah... Suami kata, "baru je pagi tadi arwah bergurau-gurau dgn abg yang..., tiba2 dia dah tak de..". Sbb kematian di katakan arwah telah melanggar belakang sebuah lori .... mukanya terhantuk tepat pada belakang lori dan arwah meninggal serta merta di situ...astagfirullah ...

IZ terkedu, menghentikan panggilan dgn hati yang cukup tersentuh, tiba2 minda berkata: Ajal maut di tgn Allah, sesiapa sahaja akan DIA jemput kembali mengadapNYA...bila2 masa..di mana2 sahaja yang DIA suka, dan dlm apa jua keadaan...

Ketika catatan ini ditulis ... suami masih lagi dalam perjalanan kembali ke KL dari Johor Bahru ...

Al Fatihah ...

KAMI MERAYU ...

2. Pengalaman ...
Tak payah lah dgn org jauh2..dgn suami IZ sendiri je lah, dah berapa kali janji nak berhenti merokok, drpd anak 1 dah masuk 2. Tak juga berubah. Apa yang sgt2 IZ kesali apabila suami merokok, puntung rokok/habuk rokok bersepah dlm toilet! Dah lah tu, kadang2 hisap rokok dlm rumah walaupun dlm bilik, baunya tetap akan sampai ke luar!...penat dah tegur..GERAM, MARAH, semua ada...

3. Rayuan ...
Rayuan pada cik abang sayang...tolong lah, please... hentikanlah tabiat merokok tu, jgn merokok dlm rumah kalau nak merokok pun, kasihanilah umi dgn anak2...! Abg tentu tak mahu kehilangan kami bukan? Begitu juga kami, yang mana kami tidak mampu utk kehilangan Abang hanya 
disebabkan oleh rokok!

4. Cadangan kepada kerajaan ...
* Tak payah eksport atau import langsung rokok nie!
* Naik kan harga jadi tak munasabah..beratus sekotak, atau beribu sekotak pun tak per!

NORIZ GIVEAWAY ... !

NORIZ GIVEAWAY ... !


Assalamualaikum NORIZ , bersempana dengan HARI ULANGTAHUN perkahwinan Noriz, IZ pun dgn berbesar hati nak joint contest nie...

Kepada Noriz dan suami, Selamat Hari Ulantahun buat kalin berdua
Moga ikatan CINTA bertambah kuat
Moga SIMPULAN KASIH bertambah erat
Minta dijauhkan segala yang buruk2.. 
Org yg telah berkahwin,punya dunia tersendiri-penuh dgn ... perhatian&kasih syg ... hargai saat2 terindah ... sebelum saat2 dugaan dtg menyapa-bersyukurlah bnyk2 ... !