Assalamualaikum ... salam sejahtera buat semua blogger2 hari ini. Hari nie hati masih sayu, teringatkan mak dan adik2 yang dah balik ke kg ... rindu rasanya. Ermm, tak pelah, nanti senang2 boleh balik kg lagi. Hari nie dah start hantar semula anak2 ke umah pengasuh. Apalagi...yang si adik menangis2 tak nak tinggal, tapi yang si kakak, tgk dia releks jerrr!
Cakap pasal kakak, petang semalam IZ bawa lah dia ke klinik sbb bdn dia dah byk hari asyik gatal2. Bintik2 merah penuh serata kaki terutama bahagian celah kelengkang. Kesian pulak tgk dia asyik tergaru2!. Memula IZ ingatkan cuma ruam2 sahaja sbb dia suka berpeluh, badan pun boleh tahan chubby nya, rupa2 nya bila bawak jumpa dr, dr kata dia kena kudis buta! Ya Rabbi...manalah dia dpt benda nie?
Dah lah tu sau hal, ada pulak satu hal lagi bila dr tiba2 bertanya, "knp dia benafas ikut mulut yer?". Kami pun jelaskanlah, dah lama sebenarnya dia mcm tu..mcm saluran pernafasan dia sempit..sebelum nie ada gak jumpa dr, tapi semua kata tak de apa2. So, dr tu pun check la, sekali tgk dr tu kata..."cuba u tgk tu, dia ada masalah tonsil, nak bercantum dah...!"
Errk!, terkedu kami dinbuatnya...rupa2 nya selama nie si kakak ada tonsil..patutlah muka dia mcm ada bengkak sikit. Ingatkan sbb chubby, pipi jadi gebu! Apa nak buat? Setakat ni kami masih belum tahu nak buat apa. Dr suruh jumpa dia semula hujung minggu nie, nak buat surat utk refer kakak ke pakar ENT.
Ermmm .... Wallahu'alam!
Kudis buta ni biasanya senang berjangkit melalui pakaan, sarung bantal, cadar atau sentuhan. saya cadangkan izzah tukar semua cadar, dan sarung bsntal kakak. sebelum ni kakak duduk nursery ke? kat nursery memang senang nk kena jangkitan kudis buta ..
BalasPadamhttp://haidoctorhafiz.blogspot.com
Dr: Askum dr, itu lah..mmg itulah yang saya buat dr semalam, tukar semua, asingkan lagi tempat tidur dia. Dia tak duk kat nursery, tapi rumah orang. Then, ada juga 2 3 org budak lain lagi.. Better tak hantar dulu or mcm mana ye Dr?
BalasPadamSaya rasa better izzah tengok 2-3 org budak yg lain tu mereka ade kudis buta juga tak. kalau mereka semua ada bermakna yg lain pun kena berubat juga sbb nanti ansk izzah skan kena semula kudis buta tu.
BalasPadamhttp://haidoctorhafiz.blogspot.com
Dr: ermmm... balik ptg nanti lah baru boleh tgk... oh ya, apa pendapat u tentang tonsil ti dr?
BalasPadam