Assalam dan Bismillah ..
Antara panduan untuk memulakan perubahan : -
~ Mulalah dengan menggubah diri sendiri supaya anda dan orang lain akan lebih yakin dengan diri sendiri. MUSTAHIL untuk mengajak orang lain berubah sedangkan diri sendiri masih berada pada takuk lama. ~
~ Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah SWT, anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. ~
~ Jangan bertangguh untuk berubah. Semakin lama bertangguh, ia akan menjadi semakin melarat dan susah untuk dimulakan. ~
~ Berusaha untuk berubah dengan ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Paksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati dan jangan biarkan nafsu (malas) menguasai diri. ~
~ Apabila berjaya melakukan perubahan diri maka anda perlu mengulangi perubahan itu sehingga menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu sahaja, anda hanya akan berjaya berubah seketika sahaja ~
Sumber: Berita Harian, 1/1/2013, Famili
*p/s - peringatanuntukdirisendirijuga ;) !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan