Pengikut

TERIMA KASIH





TERIMA KASIH ...

Bila bercerita bab terima kasih nie ... tiba2 teringat IZ pada satu cerita yg pernah terjadi kat IZ. Satu ketika dulu, pergi makan fastfood kat satu tempat nie, tiba kat sana, beli makanan, then ambik tempat and makan. Masyaallah, crowded betul dgn orang ramai waktu tu. makin lama makin ramai. Barisan dah panjang berjela. Rasanya weekend kot. Tetiba ada sorang anak kecil nie, tgk IZ makan, muka mmg muka lapar, maybe dia tgh tunggu parents dia beli makanan, so IZ pun bg lagi french fries sikit kat budak tu. Alah, apa lah sgt kan..budak2..kesian la kalau tgk kita makan. Makan pun bukan byk..tetiba kan, ayah budak kecil tu marah kat IZ sbb bagi anak dia makan. Dgn marahnya dia berkata: "Apa, ingat kita orang tak mampu nak beli ker?"..Masyaallah...! IZ dah terkedu, nasib baik tak kuat suara nya. Bukan nak ucap TERIMA KASIH sebab bagi anak dia makanan sikit, ini..siapa marah2 pulak..! Lepas tu IZ cepat2 makan, dan terus beredar tanpa menoleh kiri kanan lagi!... Malu dah...!

Bagaimana nak menyemai sikap terima kasih nie??? Pada pendapat IZ lah...sikap nie perlu disemai dari dalam diri kita sendiri. Tak payah lah tunggu orang lain ucap terima kasih dulu, lepas tu barulah terhegeh2 nak ucap terima kasih pada org lain...itu seperti tidak ikhlas kan..! Kalau kita selalu mengamalkan berterima kasih pada manusia lain, insyaallah..orang lain pula akan mengucapkan terima kasih pada kita atas apa2 jua yang telah kita berikan. Kalau orang tak ucap pun...kita ikhlaskan sahaja apa yang telah kita buat..lagi berganda2 pahala bukan! Asal ikhlas, dptlah pahala...

Sepanjang hidup IZ, daripada hidup bujang sampailah dah berkahwin nie...ucapan terima kasih paling ikhlas yang pernah IZ terima adalah daripada SUAMI IZ sendiri. Masa tu waktu baru melahirkan cahayamata kami yang pertama...dengan linangan airmata...dia berkata: "TERIMA KASIH SAYANG ATAS PENGORBANAN MU MELAHIRKAN ANAK KITA..". Waktu itu..segala kesakitan seolah-olah hilang dr tubuh, diganti dgn deraian air mata IZ yang tak berhenti2 bercucuran...

Bercerita tentang terima kasih jugak..hari ini dengan secara jujurnya...IZ telah lupa mengucapkan terima kasih kepada en. Suami yang telah memberi duit belanja sebanyak RM100!...Hehehe...sbbnya? Masa IZ pergi kerja tadi...dia tengah mandi, sempat salam jer, lepas tu terus ambik kunci kereta dan drive ke opis! (nak duit belanja dah ckp dr mlm tadi...so dia letak jer kat kunci kereta...) 
HEHEHE...sorry darling! ;)



7 ulasan:

  1. Agaknya dia igt anak dia meminta, minta kot. malu la tu dia..

    Terima kasih! :)

    BalasPadam
  2. A.D.A.M: Ntah la, agaknya la kot..tapi x kan tak boleh nak tanya elok2 kan...

    TERIMA KASIH jengah blog!

    BalasPadam
  3. jengah jap..uhuhhu.. dari nazterjah

    BalasPadam
  4. Naz: terima kasih..terjah, jgn tak terjah!

    BalasPadam
  5. Tok Esah: Same2 kasih tok..hehhe!

    BalasPadam
  6. hati manusia ni tak sama, kadg2 kita buat baek pun disalah tafsir.

    terjah dari blog encik ben ashaari. salam perkenalan. jmput dtg rumah

    BalasPadam